Dia seorang wanita yang sudah tua, namun semangat
perjuangannya tetap menyala seperti wanita masih muda. Setiap tutur kata yang
dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang sekitarnya. Maklum-lah
ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam
bentuk syair. Al-Khansa binti Amru demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan
wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab.
Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr:
Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr:
“Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada si Sakhr, malang.
Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk
barat.
Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di
sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku.”
Setelah Khansa masuk Islam, keberanian dan kepandaiannya
bersyair telah digunakannya untuk menye-marakkan semangat para pejuang Islam.
Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya telah diajar ilmu bersyair dan
dididik berjuang dengan berani. Kemudian kesemua puteranya itu telah
diserahkannya untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam.
Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan
takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14
Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk
menentang Farsi. Semua umat Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk
menuju ke medan
perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah
mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang
suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan
perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan
semangat pejuang tentera Islam.
Dengarlah nasihat
Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan mara ke medan perang:
“Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati.
Kemudian kamu berhijrah dengan suka rela pula. Demi Allah, yang tiada Tuhan
selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki
dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah
memburuk-burukkan saudara maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu,
dan aku tidak pernah mengubah perhubun-gan kamu. Kamu telah tahu tentang pahala
yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu.
Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang
binasa.”
Kemudian Khansa
membacakan satu ayat dari surah Ali Imaran yang bermaksud: “Wahai orang yang
beri-man! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan
kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga kamu menjadi orang yang beruntung.”
Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang
disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata: “Jika kalian bangun esok pagi,
insya Allah, dalam keadaan selamat, maka ke-luarlah untuk berperang dengan
musuh-musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah per-tolongan dari
Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi
oleh api peperan-gan yang sedang bergejolak masuklah kamu ke dalamnya. Dan
dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan
berjaya mendapatkan balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang
kekal.”
Subuh esoknya
semua tentera Islam sudah berada di tikar sholat masing-masing untuk
mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah
memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima
besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap sedia sebaik saja semboyan
perang berbunyi. Perang satu lawan satupun bermula sampai dua hari. Pada hari
ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan
tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan
hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah.
Putera-putera
Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat
dari bondanya, mereka tidak sedikitpun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan
pedang, salah seorang di antara mereka bersyair:
“Hai saudara-saudaraku!
Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita
semalam dan membekalkan nasihat.
Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah.
Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi.”
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya
disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar.
Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair:
“Demi Allah!
Kami tidak akan melanggar nasihat ibu tua kami
Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati
Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh
bersama-sama
Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah.
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya
sambil bersyair:
“Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas dan tidak
goncang.
Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan
berakal cemerlang
Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap
anak-anaknya sendiri
Mari! Segera memasuki medan
tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri
Dapatkan kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam
hati.
Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang
abadi.”
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat
menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair:
“Bukanlah aku putera Khansa’, bukanlah aku anak jantan
Dan bukan pula kerana Amru yang pujiannya sudah lama terkenal,
Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok
itu terjunam ke jurang bahaya, dan mus-nah mangsa oleh senjataku.”
Bergelutlah
keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga
diiringi oleh doa munajat ibondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran
terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau bilau kerana
pihak Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, semen-tara tentera
pejalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera
Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan
bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan
tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi lainnya. Mereka jadi
mangsa gajah sendiri. Kesempatan ini dipergunakan oleh pihak Islam untuk
memusnahkan mereka.
Panglima perang
bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya merekapun lari lintang
pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai
menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian
kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.Umat Islam lega. Kini mereka
mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui
sya-hid di medan
Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang
syhuhada itu terbujur empat orang adik beradik anak Khansa.
Seketika itu juga
ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat
empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan
tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan
ucapan:
“Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan
kesyahidan mereka, dan aku mengharapkan dari Tu-hanku, agar Dia mengumpulkan
aku dengar mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!”
Al-Khansa kembali
semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan
ma-yat putera-puteranya di medan
pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita penyair ini
mendapat gelaran kehormatan ‘Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang
yang mati syahid.
0 comments:
Post a Comment