Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tamannya.
Apabila
terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak
juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah
ladang. Melihat keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh
kudanya. Dia terus meluru ke sebuah rumah berhampiran.Sebaik saja
menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan
akhirnya petani itu terbunuh.
Peristiwa
itu diketahui orang ramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk
diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah
memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam sebelum dia
dipancung pada jam 5:00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia
dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu
perkara yang amat mustahak.Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu.
Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan
dia mempunyai tanggungjawab yang mesti diselesaikan sebelum dia dihukum
bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja urusannya selesai.
Khalifah meminta
pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu
pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman
mati.Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula,
namun tiada seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil
seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk
menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah.
Orang
tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi
yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin
tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang
membahayakan diri sendiri. Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan
membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat
kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia
akan pulang semula untuk dipancung sebaik sahaja urusannya selesai.
Abu
Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan
nyawanya tergadai.Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup
meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi
keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapapun sanggup
menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat
sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula
dikurung di penjara. Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju
ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan.
Ramai
menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu
tidak akan datang menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang
mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda
itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan
pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.Di
saat terakhir, orang ramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang
seekor kuda dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orang
ramai bertukar menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda
itu sampai genap jam lima petang.
The 8 Best Video Slots to Play in 2021 - Dr.MCD
ReplyDeleteThere are 영주 출장마사지 also 계룡 출장샵 a few famous casino slots, all of them themed around 청주 출장안마 the 보령 출장안마 popular classic slots, that you'll find in the games on offer, 서산 출장마사지